Ros Jepun yang dibeli dari kak
Rohani hari tu dah siap transfer ke pasu. Dah mula membesar dengan sihat
bagaikan sang juara. Daun-daun baru tumbuh kehijauan. Memang pokok ini cepat
membesar.
Misi seterusnya bermula..acik Reen
nak buat bedding RJ kat tepi pintu pagar utama masuk ke rumah..apa yang perlu
cuma batu bata dan tanah ajer untuk tanam RJ…memang plan pun nak buat bedding
yang simple-simple ajer. Sebagai permulaanlah katakan. Kita mula dengan yang
simple dulu lepas tu nak touch up boleh le pelan-pelan.
Ingat nak mula tengahari tu lepas
semai semua RJ dalam pasu… tapi tak tahan lah…cuaca panas betul kat Lunas
nie…suhu dah mencecah 37°C….mau terbakar kulit acik Reen. Dah ler tak berapa
nak cerah sangat…kalau berjemur lagi, makin gelaplah kulit yang tak berapa
gebus ni…
Tengahari hanya sempat susun bata
ajer…oooiiii panasnya. Dapat la buat bedding yang ala kadar aje..alah..bolehlah
tu…esok-esok sambung lagi..Hai Mat Jenin betul la…
Hari Ahad…x sempat nak sambung
banyak urusan coz nak kena ambil bantuan BRIM mother in-law. Oleh kerana dia terlantar
tak boleh bangun jadi en. Hubby dan acik Reen kena wakilkan pergi ambil. Lepas
siap bagi makan MIL…dalam pukul 3 lebih baru kita berdua ke Padang Awam Kulim
aka Dataran Sejahtera Kulim. Nasib baik orang dah tak berapa ramai jika
dibandingkan pada sesi pagi. Tak sampai 10 minit urusan mengambil duit BRIM ibu
mertua selesai. Alhamdulillah..
Berbalik kepada bedding RJ yang
acik Reen nak buat tu. Oleh kerana tak sempat punya pasal dan takut RJ yang
disimpan mati dan tak boleh tanam lagi, acik Reen buat overtime di malam hari.
Kalau orang tengok mesti gelak… tanam bunga malam-malam. Tak pernah dibuat
orang…tapi nak buat macam mana. Dah darurat…malam pun malam la…Ada aku kisah. Yang
penting kerja beres..
Malam tu lepas semua urusan
selesai, agak-agak dalam pukul 9 malam lebih acik Reen mulakan projek RJ bedding
nie. Nasib baik ada lampu jalan dan lampu porch. Cahaya agak terang la
juga…tapi lawak betul tanam pokok malam-malam. Sampai en. Hubby pun cakap dah
tak ada siang ker…sampai tanam pokok-pokok malam-malam. Ye la…dah sampai umah
sekarang nie pun hari-hari dah malam coz ke umah MIL, so bilanya nak tanam pokok
siang-siang… Acik Reen buat tak peduli dan biarkan ajer....yang penting kerja
selesai. Pokok pun tak mati…hu..hu..
Acik Reen ambik tanah nurseri
tuang masuk dalam petak bedding yang dah dibuat dengan batu bata…ambik tayam (taik ayam) gaul juga
dalam tanah…campur tanah lagi…dekat 4 kampit kecil jugalah nak penuhkan bedding
tu…
Dah siap ratakan tanah barulah
acik Reen tanam RJ…cucuk-cucuk pokok RJ..akhirnya siap juga. Lenguh juga la dok
bertinggung tanam pokok RJ di malam hari. Malam-malam punya kerja susun ajerla
apa yang patut. Kalau tak ok esok-esok betulkan balik. Harap-harap RJ ni boleh
hidup dengan suburnya…dan bunganya bloom-bloom…
Lepas dah siap semua, masuk pulak
dok belek-belek RJ yang ditanam dalam pasu..memang pokok RJ malam-malam akan tido.. daunnya macam tertutup
gitu. Belek punya belek…nampak siput t***t tengah syok bertenggek dalam pasu.
Check lagi…oooiii banyaknya yang tengah panjat nak masuk ke dalam pasu. Patutlah
hari tu nampak macam pokok kena makan rupanya cik siput t***t punya kerja.
Rupa-rupanya malam-malam kerja cik siput t**t inilah ye…yang memakan 2 pasu
pokok RJ daun bulat ari tu…
Lastly acik Reen ambik keputusan
angkat semua pasu RJ pindah ke bedding kat luar. Beberapa pasu letak atas batu
bata bedding. Lagi 2 pasu acik Reen letak atas tiang tembok pagar. Kena panas
pagi dan tengahari hopefully boleh kembang bunga dengan banyak….mesti cantik
nanti…
No comments:
Post a Comment