Masa Reen tengah
housekeeping folder foto-foto lama, Reen terjumpa beberapa keping gambar Lion
masa dia masih baby, rasanya dalam umur 3 bulan kot masa bulan Jun 2008. Nampak
cute aje. Tak sangka kini Lion dah besar dan dewasa. Bapa dan abang yang sangat
penyayang. Dah hampir 5 tahun Lion hidup bersama Reen sekeluarga. Tiap-tiap malam mesti masuk tidur ngan hubby
Reen. Siap kongsi bantal lagi. Setiap malam Lion dah tahu kat mana dia nak
tidur. Tapi kalau hubby Reen marah dia, dia akan tidur sebelah Reen pulak.
Nampak garang… tapi dalam hati ada taman juga.
Bila tengok balik foto
Lion tu, baru perasan yang muka dia sebijik macam anak dia dan si Bella namanya
si Robert aka Obert yang lahir 5 bulan lalu dan si Tuah, 2 bulan lalu. Yela…. anak
dan bapa, mesti sama. Yang paling sama sebijik macam Lion adalah si Obert
dengan bentuk bulu dan ekor kontotnya yang kembang. Kalau dilihat dari bentuk fizikal, Lion ini
mungkin ada keturunan kucing jenis Bobtail. Si Tuah pulak ikut emaknya Si Bella
berekor panjang. Warna bulu dan badan
Lion, Obert dan Tuah adalah warna “mackerel tabby cat” atau warna kucing tabby
iaitu berbelang coklat, hitam, kuning dan sedikit putih.
Lion mempunyai badan yang
berangka besar dan sangat tegap. Badannya juga jenis padat dan sangat berisi. Sekarang
ni pun berat Lion dah dekat 5 kilo lebih. Kaki Lion agak pendek dan tangan dia
juga sangat lebar. Kalau kena penampar atau pelempang pening juga kot kucing
yang lain. Perangai pun lebih kurang je Obert dan Lion… tapi Obert agak
“keepoh” sikit. Sangat suka bercakap.
Diam tak diam umur Obert dah masuk 5 bulan. Cepat betul membesar.
Sedikit sejarah tentang
keturunan Lion, Obert dan Tuah (Sumber: Google)
American Bobtail adalah salah satu ras kucing yang berkembang
melalui seleksi alamiah. Meskipun kucing-kucing hutan bobtail (ekor pendek)
telah ada di Amerika sejak dulu, program pengembangbiakan baru mulai berkembang
sekitar akhir 60-an.
Ciri utama ras kucing ini adalah ekor yang tebal dan pendek,
sekitar 1/3 panjang normal ekor kucing. Seperti juga pada kucing Manx, bentuk
ekor yang pendek tersebut merupakan hasil mutasi genetik.
Karakter :
1. Berbadan
sasa, panjang, berangka besar, mirip kucing liar Bobcat yang terdapat di hutan
Amerika.
2. Jenis semi
cobby dan bertulang yang sangat kuat dengan dada lebar dan padat
3. Kaki belakang
lebih panjang dan lebih besar dari kaki depan
4. Kepala
berbentuk segitiga lebar denga rahang yang lebar dan kuat
5. Hidung lebar
dengan daerah cekung di antara kening dan hidung
6. Telinga
berukuran sederhana, lebar dibahagian dasar dan terdapat rambut dibahagian
hujungnya
7. Mata
berbentuk almond dengan warna mata bervariasi mengikut bulu
8. Mula matang
ketika berusia 2-3 tahun
9. Berat boleh
mencapai 7.5 kg
10.
Sangat aktif,
cerdas dan suka bermain dan perangai sangat mirip dengan anjing dimana senang
bersama pemilik dan mencari perhatian tuannya.
11.
Sangat bersahabat
dengan manusia