Sunday, November 10, 2013

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser



Sekadar perkongsian agar mendapat manfaat untuk semua. Insyaallah.

Cuba amalkan membaca 8 surah ini dalm usaha untuk memusnahkan sel-sel kanser. Lebih baik sekiranya pesakit membacanya sendiri. Sekiranya pesakit tidak terdaya atau kurang baik bacaannya, maka suami, ayah, ibu atau orang lain dibolehkan membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah-surah tersebut, elok dibacakan surah-surah dibawah :

  1. Istigfar – 10 kali
  2. Selawat Nabi – 10 kali
  3. Al-Fatihah – 1X
 Sediakan sebotol air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan surah ini setiap hari atau sapu/mandi pada anggota yang kena penyakit tersebut. Insyaallah kerana kesakitan dan kesembuhan adalah kekuasaan Allah SWT.

  1. Surah Al-Maidah (ayat 82-91)
  2. Surah Al-A’raf (ayat 70-81)
  3. Surah Ar Ra’d (ayat 16-28)
  4. Surah Al-Anbiyaa’ (ayat 38-50)
  5. Surah Asy Syu’ara (ayat 185-227)
  6. Surah Az Zummar (ayat 42-52)
  7. Surah Ghafir (ayat 67-77)
  8. Surah Az Zukhruf (ayat 52-70)


Sekian.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...