(foto : Kredit to Cik Google)
Salam…
Semua wanita inginkan
lelaki yang BAIK serta TERBAIK untuk dijadikan calon suami atau pasangan hidup.
Namun begitu tak semua orang tahu apakak petua-petua untuk mencari lelaki yang
BAIK ????
Lelaki yang BAIK perlulah
:
- Seorang yang berkemampuan
- Boleh dijadikan sebagai penganti ibu dan
bapa kita. Yakni… sanggup lindungi kita dari segala bahaya dan bencana
ataupun kecelakaan. Ini kerana apabila seseorang wanita bersetuju untuk
berkahwin, ini beerti dia telah
rela melepaskan dirinya dari jagaan ibu bapa dan berpindah tempat
bergantung hidup iaitu kepada pasangannya. Kini lelaki yang akan berkahwin
dengan dirinya perlu memikul tanggungjawab tersebut.
- Pandai menjaga darjat diri. Dimana setiap
kata akan dikotakan dan diamalkan. Selain itu, seorang suami yang BAIK
akan sentiasa membawa atau memandu isterinya ke arah kebaikan dan bukannya
keburukan. Suami dan isteri akan saling mengingati kerana kekadang sebagai
manusia adakalanya kita terlalai.
- Berkebolehan dalam menguruskan urusan
rumahtangga. Lelaki yang pandai memasak, membasuh, menjahit dan lakukan
urusan rumahtangga lain tidak akan membebankan isterinya membuat kerja
rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.
- Memberi kepercayaan kepada wanita dan tidak
mudah bersangka buruk. Maksudnya suami yang keluar mencari nafkah akan
sentiasa meberi sepenuh kepercayaan kepada isteri dalam melakukan urusan
rumahtangga, mejaga harta bendanya, anak-anak dan tidak menaruh syak
wasangka yang buruk kepada isteri.
- Rajin, berfikiran luas serta terbuka ataupun
memakan harta perempuan. Ciri-cir lelaki yang sebegini selalunya tidak
pemalas, inginkan kemajuan dalam hidup serta tidak mengharapkan titik
peluh isteri.
- Mudah memaafkan.
- Datang dari keturunan yang baik-baik.
Seelok-eloknya mempunyai akhlak dan berbudi bahasa mulia.
Semoga petua-petua ini
akan dapat dijadikan panduan dalam mencari pasangan hidup.
No comments:
Post a Comment