Foto : Cik Google
Sekadar peringatan untuk
semua wanita yang bergelar isteri agar menjadi isteri solehah.
- Isteri yang baik akan menyambut kepulangan
suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati.
- Jika suami sedang bermasalah, seorang isteri
tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membebankan suaminya dan menambahkan
lagi masalah suami. Sebaliknya ia segera menyambut dan melayani segala
keperluan suaminya.
- Sekiranya suami pulang dalam keadaan yang
berlainan dari biasa, isteri jangan menyoal bertubi-tubi. Bersabar dan
bertenang dahulu. Selepas suami melepaskan lelah dan kepenatan, baru anda
bertanya apakah masalahnya.
- Sekiranya suami belum menjelaskan hal
tersebut, isteri boleh menyoal suami dengan cara yang palinh menyenangkan
dan bukannya dengan cara mendesak.
- Sekiranya isteri boleh membantu, segeralah
membantu untuk mengurangkan masalah yang menyusahkan hati suami.
- Hal ini akan mengurankan beban suami dan
ketika ini suami akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapt permata
yang sangat bernilai lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata.
Sumber : Dr. Aidh
Abdullah Al-Qarni
No comments:
Post a Comment