Saturday, November 09, 2013

10 Tips Kemanisan Dalam Berumah Tangga


Salam……. Selamat bersua kembali.

Adat berumah tangga. Adam anis, pahit, kelat, payau dan sebagainya. Adakala sangat gembira, bahagia, ceria, ada ketika bermasam muka, gundah gulana dan berduka.

Berikut ada 10 tips kemanisan berumahtangga untuk dipraktikkan untuk semua pasangan yang dah berkahwin dalam usaha mengeratkan lagi hubungan suami isteri moga menjadi keluarga yang bahagia.

  1. Ciuman – Mulakan hari baru anda dengan sebuah ciuman kepada pasangan anda. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk pasangan anda. Dengan ciuman anda akan dapat merasakan anda dihargai oleh pasangan anda.
  2. Cincin Perkahwinan – Pakai cincin perkahwinan anda setiap masa. Ini akan membuatkan anda sentiasa berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
  3. Makan Malam @ bercuti – Rancang makan malam atau bercuti ke tempat menarik bersama pasangan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak boleh sekali sekali untuk merapatkan hubungan anda.
  4. Perubahan – Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerjaya dll. Oleh itu, perlu menerima perubahan tersebut dengan cara positif.
  5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab perlualah dijaga supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
  6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi isteri, anda perlu berlemah lembut dan berbudi bahasa dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
  7. Hadiah – Berikan pasangan anda hadiah sewaktu hari-hari penting dirinya seperti hari lahir, hari ulangtahun perkhawinan dll. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari-hari istimewa tersebut.
  8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak salah sekiranya anda senyum kepada pasangan anda setiap hari bagi menyatakan kasih sayang anda kepadanya.
  9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
  10. Impian – Setiap orang mempunyai impian masing-masing. Begitu juga dengan orang yang berumahtangga, pasti ada impian yang belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda supaya dia dapat membantu anda mencapai impian anda yang belum tertunai.

Semoga tips-tips ini akan dapat mengeratkan hubungan anda suami isteri dan menyemarakkan lagi kehidupan anda dalam membina keluarga bahagia. Amin.


Dipetik dari tulisan : Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...